top of page

PRIVACY POLICY

Privacy Policy for Evlution EV Charger Application

Effective Date: July 1, 2023

Introduction and Overview:

Effective Date/Tarikh Berkuatkuasa: 1 July 2023 /1 Julai 2023

Version/Versi: 1.0

Pursuant to the statutory requirement of Section 7(3) of the Personal Data Protection Act 2010 [Act 709], this Notice herein provided in Malaysian national language (Malay language) and English language, as follows:

 

Dalam menurut kehendak berkanun dalam Seksyen 7(3) Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709], Notis ini adalam diberikan dalam bahasa kebangsaan Malaysia (Bahasa Melayu) dan Bahasa Inggeris, seperti berikut: -

 

PRIVACY NOTICE

NOTIS PRIVASI

 

Thank you for choosing to use the Evlution EV Charger Application (“Mobile Application”). This Privacy Notice (“Notice”) describes the types of Personal Data (defined below) that Evlution Sdn. Bhd. [Company Registration No.: 202301005322 (1499241-U)] (hereinafter referred to as “we” or “us” or “our”) collects about you, the purposes for collecting and using such information when you use our Mobile Application, the classes of third parties to whom we may disclose your Personal Data and the choices and means we offer you for limiting its use and disclosure. Your use of our Mobile Application and Evlution charging services (“Services”) is subject to this Notice.

 

Terima kasih kerana memilih untuk menggunakan Aplikasi Pengecas EV Evlution (“Aplikasi Mobil”) Notis Privasi ini ("Notis") menerangkan jenis-jenis Data Peribadi (ditakrifkan di bawah) yang Evlution Sdn. Bhd. [No. Pendaftaran Syarikat: 202301005322 (1499241-U)] (selepas ini dirujuk sebagai "kami") kumpul mengenai anda, tujuan-tujuan pengumpulan dan penggunaan maklumat tersebut apabila anda menggunakan Aplikasi Mobil kami, kelas-kelas pihak ketiga yang mungkin kami mendedahkan Data Peribadi anda dan pilihan-pilihan dan cara-cara yang ditawarkan oleh kami kepada anda untuk mengehadkan penggunaan dan pendedahan tersebut. Penggunaan Aplikasi Mobil kami dan perkhidmatan pengecasan Evlution (“Perkhidmatan”) adalah tertakluk kepada Notis Privasi ini.

 

Collection of Personal Data

Pengumpulan Darta Peribadi

The types of information we collect directly or indirectly from you (collectively as “Personal Data”), including without limitation your:-

 

Jenis-jenis maklumat yang kami kumpul secara langusung atau tidak langsung daripada anda (secara kolektif, "Data Peribadi"), termasuk tetapi tidak terhad kepada:-

 

  • Account Registration Information: If you register for an account in our Mobile Application, we may collect your name, username, password, email address, address, telephone number, postal code, country, location, information about the vehicle you sought to charge using the Services (e.g. vehicle registration number, vehicle’s model, vehicle’s color), and payment information [including but not limited to credit card number, debit card number, bank account number, one time pin (OTP) and/or electronic money wallet information]

 

Maklumat Pendaftaran Akaun: Sekiranya anda mendaftar akaun di Aplikasi Mobil kami, kami akan mengumpul nama anda, nama pengguna, kata laluan, alamat e-mel, alamat, nombor telefon, poskod, negara, lokasi, maklumat tentang kenderaan yang anda ingin mengecas melalui Perkhidmatan kami (contohnya, nombor pendaftaran kenderaan, model kenderaan, warna kenderaan), dan maklumat pembayaran [termasuk tetapi tidak terhad kepada nombor kad kredit, nombor kad debit, nombor akaun bank, Kata Laluan Sekali Guna (OTP) dan/atau maklumat dompet wang elektronik].

 

  • Charging Session Data: When you use our Services through our Mobile Application, we may collect information such as, charging session date, location, start time, end time, duration, identification number, energy dispensed, charging port identification number, total fees associated with each charging session, usage statistics, current, and voltage.

 

Data Sesi Pengecasan: Apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami melalui Aplikasi Mobil kami, kami akan mengumpul maklumat seperti tarikh sesi pengecasan, lokasi, waktu mula, waktu tamat, tempoh, nombor pengenalan, tenaga yang dibekalkan, nombor pengenalan port pengecasan, yuran keseluruhan yang berkaitan dengan setiap sesi pengecasan, statistik penggunaan, arus, dan voltan.

 

  • Feedbacks and Complaint Information: We may collect information pertaining to the rating, comment, customer’s feedbacks, customer’s complaints, surveys, conversation records between our agent and customers in the process of attempting to resolve the complaints and all other information in relation thereto; and

 

Maklumat Maklum Balas dan Aduan: Kami mungkin mengumpul maklumat mengenai penilaian, ulasan, maklum balas – maklum balas pelanggan, aduan-aduan pelanggan, tinjauan-tinjauan, rekod-rekod perbualan antara ejen kami dan pelanggan-pelanggan dalam proses percubaan untuk menyelesaikan aduan-aduan dan segala maklumat lain yang berkenaan; dan

 

  • Other information that may be necessary for legitimate business purposes or as required by legal requirements.

 

Maklumat-maklumat lain anda yang mungkin diperlukan untuk urusan-urusan perniagaan yang sah atau seperti yang diperlukan menurut syarat-syarat perundangan yang terpakai.

 

The information stated in (a), (b) (c) and/or (d) above may consist of sensitive personal data as defined in Act 709. You hereby agree that you grant us the explicit consent to process such Personal Data which are deemed to be sensitive in Act 709 in accordance to the terms and conditions of this Notice. Personal Data in this Notice shall include sensitive personal data if contents require.

 

Maklumat yang tertera dalam (a), (b), (c) dan/atau (d) di atas mungkin mengandungi data peribadi sensitif seperti yang ditakrifkan dalam Akta 709. Anda dengan ini bersetuju untuk memberikan persetujuan secara nyata kepada kami untuk memproses Data Peribadi yang dianggap sensitif di bawah Akta 709 menurut terma dan syarat Notis ini. Data Peribadi dalam Notis ini patut merangkumi data peribadi sensitif jika keadaan memerlukan.

 

Purpose of Personal Data Collection

Tujuan Pengumpulan Data Peribadi

 

We use information that we collect about you or that you provide to us, including any Personal Data, for one or more of the following purposes (collectively as “Purpose”):-

Kami menggunakan maklumat yang kami kumpulkan tentang anda atau yang anda berikan kepada kami, termasuk apa-apa Data Peribadi, untuk satu atau lebih tujuan berikut (secara kolektif sebagai "Tujuan"): -

 

  • To provide and improve our Mobile Application and Services, including facilitating charging sessions, monitoring charging usage patterns, and enhancing user experiences;

 

Untuk menyediakan dan meningkatkan Aplikasi Mobil kami, termasuk memudahkan sesi-sesi pengecasan, memantau corak penggunaan pengecasan, dan meningkatkan pengalaman pengguna;

 

  • To communicate with you, respond to your inquiries, and send you important updates and notifications regarding the Mobile Application and Services;

 

Untuk berkomunikasi dengan anda, menjawab pertanyaan anda, dan menghantar anda kemas kini dan pemberitahuan penting mengenai Aplikasi Mobil dan Perkhidmatan;

 

  • To analyze aggregated usage data to improve our service, optimize charging infrastructure, and provide insights to our business partners and stakeholders;

 

Untuk menganalisis data penggunaan yang dikumpulkan secara agregat untuk meningkatkan perkhidmatan kami, mengoptimumkan infrastruktur pengecasan, dan menyediakan pandangan kepada rakan kongsi dan pemegang kepentingan perniagaan kami;

 

  • To send you emails, text, and newsletters with information on products, services, discounts, special promotions or upcoming events, and features or offers that we believe will be of interest to you and us, and other information;

 

Untuk menghantar e-mel, mesej teks, dan buletin dengan maklumat tentang produk, perkhidmatan, diskaun, promosi istimewa, acara akan datang, ciri atau tawaran yang kami percaya akan menarik minat anda dan syarikat kami, dan maklumat lain;

 

  • To contact you with regard to the Mobile Application and Services and to send important notices, such as communications, your account or changes to our terms, conditions, and policies;

 

Untuk menghubungi anda berkenaan Aplikasi Mobil dan Perkhidmatan serta menghantar notis penting, seperti komunikasi mengenai akaun anda, atau perubahan terhadap terma, syarat, dan polisi-polisi kami;

 

  • To process any information within the Mobile Application and related to the Services (i.e. attending to the changes to your account information);

 

Untuk memproses sebarang maklumat dalam Aplikasi Mobil dan berkenaan dengan Perkhidmatan (contohnya menguruskan perubahan kepada maklumat akaun anda);

 

  • To process other information or Personal Data that you submit through our Mobile Application;

 

Untuk memproses maklumat atau Data Peribadi lain yang anda hantar melalui Aplikasi Mobil kami;

 

  • To notify you about changes to Mobile Application and Services, our policies, terms, or any products or Services we offer or provide though it;

 

Untuk memberitahu anda tentang perubahan-perubahan kepada Aplikasi Mobil dan Perkhidmatan, polisi-polisi kami, terma-terma, atau produk-produk atau Perkhidmatan apa pun yang kami tawarkan atau sediakan melaluinya;

 

  • To ask for ratings and reviews of our Mobile Application and Services;

 

Untuk meminta penilaian dan ulasan mengenai Aplikasi Mobil dan Perkhidmatan kami;

 

  • To request your participation in surveys, or other initiatives which help us to gather information used to develop and enhance our products and Services;

 

Untuk meminta penyertaan anda dalam tinjauan atau inisiatif lain yang membantu kami mengumpulkan maklumat untuk membangunkan dan meningkatkan produk dan Perkhidmatan kami;

 

  • To operate, maintain, and provide to you the features and functionality of the Mobile Application and Services;

 

Untuk mengendalikan, mengekalkan, dan menyediakan ciri-ciri dan fungsi Aplikasi Mobil dan Perkhidmatan kepada anda;

 

  • To resolve or attempt to resolve any complaints, feedbacks and/or claims against us;

 

Untuk menyelesaikan atau cuba untuk menyelesaikan apa-apa aduan, maklum balas dan/atau tuntutan terhadap kami;

 

  • To protect our legal and/or equitable interests in any claims, demands and/or proceedings against us;

 

Untuk melindungi hak-hak kami dari segi undang-undang dan/atau ekuiti dalam mana-mana tuntutan dan/atau prosiding terhadap kami;

 

  • To notify you of data privacy incidents or provide you with legally required information; and

 

Untuk memberitahu anda tentang peristiwa privasi data atau memberikan anda maklumat yang diperlukan menurut undang-undang; dan

 

  • To fulfill any other purpose which are legitimate for the purpose of our business.

 

Untuk memenuhi tujuan lain yang sah dari segi undang-undang bagi tujuan perniagaan kami.

 

We also use historical charging session data to (1) forecast network utilization; (2) evaluate and understand trends across the charging network; (3) establish charger capacity needs by geography; (4) conduct financial analyses; (5) determine pricing and reimbursements and/or (6) create and assign customer profiles.

Kami turut menggunakan data sesi pengecasan yang telah berlaku untuk (1) meramalkan penggunaan rangkaian; (2) menilai dan memahami trend di seluruh rangkaian pengecasan; (3) menentukan keperluan kapasiti pengecas mengikut geografi; (4) menjalankan analisis kewangan; (5) menentukan harga dan pampasan, dan/atau (6) mencipta dan menetapkan profil pelanggan.

 

Data Storage

Penyimpanan Data

 

The Personal Data we or our service providers collect through our Mobile Application may be stored and processed in servers within or outside of the Malaysia and wherever we and our service providers having facilities around the globe, and certain information may be accessible by persons or companies outside of the Malaysia who provide services for us. You explicitly agree to the transfer of the Personal Data to a jurisdiction outside Malaysia to which your Personal Data may be stored, process and/or transfer depending on the location of our server.

 

Data Peribadi yang kami atau pembekal perkhidmatan kami kumpulkan melalui Aplikasi Mobil kami boleh disimpan dan diproses di dalam atau di luar Malaysia dan di mana-mana sahaja kami dan pembekal perkhidmatan kami mempunyai fasiliti di seluruh dunia, dan maklumat tertentu mungkin boleh diakses oleh individu atau syarikat di luar Malaysia yang menyediakan perkhidmatan untuk kami. Anda secara nyatanya bersetuju untuk pemindahan Data Peribadi ke bidang kuasa di luar Malaysia di mana Data Peribadi anda mungkin disimpan, diproses dan dipindah berdasarkan lokasi pelanyan kami.

Data Security

Keselamatan Data

 

We have implemented measures designed to secure your Personal Data from accidental loss and from unauthorized access, use, alteration and disclosure. We utilize industry standard security protocols, such as encryption and access controls to safeguard your Personal Data.

Kami telah melaksanakan langkah-langkah yang direka untuk melindungi Data Peribadi anda daripada kehilangan secara tidak sengaja dan daripada akses, penggunaan, pengubahan, dan pendedahan tanpa kebenaran. Kami menggunakan protokol-protokol keselamatan piawai industri, seperti penyulitan dan kawalan akses untuk melindungi Data Peribadi anda.

Unfortunately, the transmission of information via the internet is not completely secure. Although we do use security measures designed to protect your Personal Data, we cannot guarantee the security of your Personal Data transmitted to us or which we obtain. Any transmission of Personal Data is at your own risk. Unauthorized entry or use, hardware or software failure, and other factors, may compromise the security of user information at any time. We are not responsible for circumvention of any privacy settings or security measures contained on the Mobile Application or used in connection with our Services.

Bagaimanapun, penghantaran maklumat melalui internet tidak sepenuhnya selamat. Walaupun kami menggunakan langkah-langkah keselamatan untuk melindungi Data Peribadi anda, kami tidak dapat menjamin keselamatan Data Peribadi anda yang dihantar kepada kami atau yang kami peroleh. Sebarang penghantaran Data Peribadi adalah atas risiko anda sendiri. Kemasukan atau penggunaan tanpa kebenaran, kerosakan perkakasan atau perisian, dan faktor lain, boleh mengancam keselamatan maklumat pengguna pada bila-bila masa. Kami tidak bertanggungjawab atas penyelewengan tetapan privasi atau langkah-langkah keselamatan yang terdapat di dalam Aplikasi Mobil atau yang digunakan berkaitan dengan Perkhidmatan kami.

 

Disclosure of Personal Data

Pendedahan Data Peribadi

 

We may transfer Personal Data to any of our servers which may be located in another country. We may also disclose your Personal Data to third parties (such as service providers) for the Purpose, reportorial requirements with various government agencies and for law enforcement, judicial or administrative proceedings and the coordination and management of disciplinary actions and related investigations. We may also disclose your Personal Data when we are required to do so by law or in the context of a merger or acquisition transaction. In the event that we engage external service providers, specific security and confidentiality safeguards have been put in place to ensure your personal data protection rights remain unaffected. If we are contacted by any organizations or institutions, including banks or advocates and solicitors, to verify and/or seek references with respect to the Purpose, you consent to us verifying and disclosing the same.

 

Kami mungkin memindahkan Data Peribadi anda kepada mana-mana pelayan-pelayan kami yang mungkin berada di negara lain. Kami juga mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga (seperti pembekal perkhidmatan) untuk Tujuan berkenaan, keperluan-keperluan pelaporan dengan pelbagai agensi-agensi kerajaan dan untuk penguatkuasaan undang-undang, prosiding-prosiding kehakiman atau pentadbiran dan penyelarasan dan pengurusan tindakan-tindakan disiplin dan siasatan-siasatan yang berkaitan. Kami juga mungkin mendedahkan Data Peribadi anda apabila kami dikehendaki untuk berbuat demikian di bawah undang-undang atau dalam suatu konteks transaksi penggabungan atau pengambilalihan. Sekiranya kami menglibatkan pembekal-pembekal perkhidmatan luaran, langkah-langkah perlindungan keselamatan dan kerahsiaan yang khususnya telah diadakan untuk memastikan hak-hak perlindungan data peribadi anda kekal tidak terjejas. Jika kami dihubungi oleh mana-mana organisasi atau institusi, termasuk bank-bank atau peguambela dan peguamcara, untuk mengesahkan dan/atau mendapatkan rujukan-rujukan untuk Tujuan tersebut, anda memberi keizinan kepada kami untuk mengesahkan dan mendedahkan yang sama.

 

How We Share Your Information

Cara Kami Mengkongsi Maklumat Anda

 

We do not sell, trade, or rent your Personal Data to third parties without your consent. We may disclose your Personal Data, in whole or in part, with third parties for the purpose of providing or improving the Services to you, who perform services on our behalf

Kami tidak menjual, memperdagangkan atau menyewakan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga tanpa kebenaran anda. Kami boleh mendedahkan Data Peribadi anda, secara keseluruhan atau sebahagian daripadanya, kepada pihak-pihak ketiga yang membekalkan perkhidmatan bagi pihak kami untuk tujuan menyediakan atau meningkatkan Perkhidmatan kepada anda.

 

Legal Required Disclosures

Pendedahan yang Diperlukan menurut Undang-Undang

 

Except as otherwise described in this Notice, we will not disclose your Personal Data to any third party unless required to do so by law, court order, legal process, or subpoena, including to respond to any government or regulatory request, or if we believe that such action is necessary to: (a) comply with the law, comply with legal process served on us or our affiliates, subsidiaries, contracted vendors, or affinity partners, or investigate, prevent, or take action regarding suspected or actual illegal activities; (b) enforce our Terms (including for billing and collection purposes); (c) take precautions against liability; (d) investigate and defend ourselves against any third-party claims or allegations; (e) assist government enforcement agencies or to meet national security requirements; (f) to protect the security or integrity of our Mobile Application, our Services, or any software we provide related thereto; or, (g) exercise or protect the rights, property, or personal safety of us, our users or others.

Kecuali seperti yang diterangkan dalam Notis ini, kami tidak akan mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga melainkan jika dikehendaki oleh undang-undang, perintah mahkamah, proses undang-undang, atau subpoena, termasuk untuk mematuhi apa-apa permintaan kerajaan atau pihak berkuasa, atau jika kami percaya bahawa tindakan tersebut adalah perlu untuk: (a) mematuhi undang-undang, mematuhi proses undang-undang yang disampaikan kepada kami atau pihak berkaitan, anak syarikat, penjual atau pembekal kontrak kami, atau rakan kongsi; atau menyiasat, mencegah, atau mengambil tindakan berkenaan dengan kegiatan haram yang disyaki atau sebenarnya berlaku; (b) menguatkuasakan Terma kami (termasuk untuk tujuan pembilan dan pungutan); (c) mengambil langkah berjaga-jaga terhadap liabiliti; (d) menyiasat dan mempertahankan diri daripada tuntutan atau tuduhan pihak ketiga; (e) membantu agensi penguatkuasaan kerajaan atau memenuhi keperluan keselamatan negara; (f) melindungi keselamatan atau integriti Aplikasi Mobil kami, Perkhidmatan kami, atau perisian lain yang berkaitan dengannya; atau (g) melaksanakan atau melindungi hak, harta, atau keselamatan peribadi kami, pengguna kami, atau orang lain.

 

Disclosures to Service Providers

Pendedahan kepada Pembekal Perkhidmatan

 

We may share your Personal Data with trusted third parties for the purpose of providing or improving the Services to you. We may share your Personal Data with third party service providers which assist us in operating our Mobile Application and performing Services on our behalf (“Service Providers”). If we engage Service Providers for any of the foregoing, use of your Personal Data will be bound by obligations of confidentiality.

Kami boleh berkongsi Data Peribadi anda dengan pihak ketiga yang dipercayai untuk tujuan menyediakan atau meningkatkan Perkhidmatan kepada anda. Kami boleh berkongsi Data Peribadi anda dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang membantu kami dalam mengendalikan Aplikasi Mobil kami dan menyediakan Perkhidmatan bagi pihak kami ("Pembekal Perkhidmatan"). Jika kami melibatkan Pembekal Perkhidmatan untuk tujuan tersebut, penggunaan Data Peribadi anda akan tertakluk kepada kewajiban kerahsiaan.

 

Accessing User Information

Akses kepada Maklumat Pengguna

 

Through your user account settings on the Mobile Application, you may access and, in some cases, edit, or delete certain information you’ve provided to us, such as name and password, email address, address, user profile information, etc. The information that you can view, update, and delete may change as the Services or our practices change. If you have any questions about viewing or updating information we have on file about you, please contact us. We will try to update your Personal Data as we become aware of changes; however, we will be able to serve you best if you update your Personal Data or notify us of any changes to (or errors in) your Personal Data. You can update your Personal Data through our, Mobile Application, or by contacting us (see below). The Personal Data that is to be provided or has been provided to us by you is essential for us to provide you with the Services and the Mobile Application without which we are unable to perform our Services and provide features in the Mobile Application to you. If you do not provide the Personal Data as required, you may not be able to access to the Mobile Application and we may not be able to provide Services to you.

Melalui tetapan akaun pengguna anda di Aplikasi Mobil, anda boleh mengakses dan, dalam sesetengah kes, mengedit atau memadam maklumat tertentu yang anda berikan kepada kami, seperti nama dan kata laluan, alamat e-mel, alamat, maklumat profil pengguna, dan lain-lain. Maklumat yang boleh anda lihat, kemas kini, dan padam mungkin berubah mengikut perubahan Perkhidmatan atau amalan kami. Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai paparan atau pengemaskinian maklumat yang kami miliki mengenai anda, sila hubungi kami. Kami akan cuba mengemaskini Data Peribadi anda apabila kami mengetahui perubahan; bagaimanapun, kami akan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik jika anda mengemaskini Data Peribadi anda atau memberitahu kami mengenai sebarang perubahan (atau kesilapan) dalam Data Peribadi anda. Anda boleh mengemaskini Data Peribadi anda melalui Aplikasi Mobil kami atau dengan menghubungi kami (lihat di bawah). Data Peribadi yang akan dibekal atau telah dibekalkan kepada kami oleh anda adalah perlu untuk kami untuk melaksanakan Perkhidmatan dan membekalkan ciri-ciri yang berada dalam Aplikasi Mobil kepada anda. Jika anda tidak membekalkan Data Peribadi seperti yang diperlukan, anda mungkin tidak dapat mengakses kepada Aplikasi Mobil dan kami mungkin tidak dapat memberi Perkhidmatan kepada anda.

 

Language

Bahasa

In the event of discrepancies, the English version of this Notice shall prevail over the national language version.

 

Jika terdapat sebarang perselisihan di antara versi bahasa kebangsaan dan versi bahasa Inggeris, versi bahasa Inggeris Notis ini patut diikuti.

Amendments and Updates

Pindaan dan Pengemaskinian

 

We reserve the right to modify, amend and/or update this Notice from time to time. We will upload all changes to this notice through the Mobile Application and/or e-mail and/or by such other means of communications deemed suitable by us. Please review our Notice periodically, and especially before you provide us any of your Personal Data. This Notice was last updated on the date indicated above. Your continued access and/or use of our Service or Mobile Application after any changes, revisions or modifications to this Notice shall indicate your agreement with the terms of such revised Notice.

Kami merizabkan hak untuk mengubah, meminda, dan/atau mengemaskini Notis ini dari semasa ke semasa Kami akan muat naik semua perubahan ke dalam Notis ini melalui Aplikasi Mobil dan/atau e-mel dan/atau melalui cara komunikasi lain yang kami anggap sesuai. Sila semak Notis kami secara berkala, terutama sebelum anda memberikan sebarang Data Peribadi kepada kami. Notis ini telah dikemaskini pada tarikh yang dinyatakan di atas. Akses dan/atau penggunaan berterusan Perkhidmatan atau Aplikasi kami selepas sebarang perubahan, semakan atau pengemaskinian kepada Notis ini patut menunjukkan persetujuan anda dengan terma-terma Notis yang dikemaskini tersebut.

 

Contact Us

Hubungi Kami

Any customers who wish to request further information or have questions, concerns or complaints about our privacy practices and policies, please contact us through email at hello@evlution.com. You can also visit our website for more information www.evlution.com.

 

Pelanggan yang ingin meminta maklumat lanjut atau mempunyai soalan, kebimbangan, atau aduan tentang amalan dan polisi privasi kami, sila hubungi kami melalui halaman emel hello@evlution.com. Anda juga boleh melawat laman web kami untuk maklumat lanjut www.evlution.com.

bottom of page